Senarai Faciliti / Kemudahan

BANGUNAN PENTADBIRAN / AKADEMIK


Pada masa kini UC Bestari mempunyai enam (6) buah makmal komputer yang boleh digunakan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian sebanyak dua (2) buah makmal iaitu makmal A dan makmal B dikhaskan sebagai makmal kerja (working lab) untuk semua pelajar UC Bestari. Di samping itu kemudahan komputer untuk kerja-kerja pelajar juga disediakan di ruang IT di tingkat satu perpustakaan.

Kemudahan lain

  • Kemudahan capaian internet.
  • Kemudahan Wifi di beberapa lokasi.
MAKMAL KOMPUTER


KOMPLEKS HOSPITALITI ( PERHOTELAN / PELANCONGAN )

Kompleks Hospitaliti untuk program Diploma Pelancongan dan Diploma Pengurusan Hotel dilengkapi kemudahan dapur dan restoran dengan kapasiti muatan 200 orang dalam satu masa.

2 Buah Makmal disediakan untuk kemudahan pembelajaran pelajar Diploma Kejururawatan.
MAKMAL KEJURURAWATAN


PERPUSTAKAAN

Perpustakaan dengan kapasiti muatan seramai 200 orang.

Surau yang disediakan untuk kemudahan pelajar dan staf menunaikan kewajipan agama dengan kapasiti muatan seramai 400 orang dalam satu masa.
SURAU


DEWAN TEATER

Sebuah dewan teater yang berkapasiti 200 orang pada sesuatu masa juga terdapat di bangunan akademik untuk kegunaan syarahan dan lain-lain aktiviti. Dewan ini juga dibuka untuk disewa oleh masyarakat setempat, namun demikian keutamaan adalah diberikan untuk aktiviti akademik dan aktiviti ko-kurikulum pelajar UC Bestari.

Kafetaria


Unit Equine Bestari

Terletak di dalam kampus UC Bestari yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti beriadah berkuda. Jalankan kerjasama bersama SSC, Majlis Equine Malaysia, kementerian Belia dan Sukan dan UUM Equestrian Centre.

Ikuti kami di facebook >> Unit Equine Bestari

Terdapat tiga blok asrama di dalam kampus yang boleh menampung lebih kurang 2,100 orang pelajar pada satu masa. Satu blok untuk pelajar siswa dan dua blok untuk pelajar siswi. Penginapan berkonsep apartment dengan 3 bilik dan 1 ruang tamu.
PENGINAPAN PELAJAR