Perpustakaan

Perpustakaan University College Bestari (UC Bestari) telah memulakan operasinya pada 4 Jun 1998. Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan aktiviti-aktivitinya, enam orang kakitangan telah di tempatkan di perpustakaan iaitu seorang Pustakawan, seorang Penolong Pegawai Tadbir Perpustakaan dan empat orang Pembantu Tadbir Perpustakaan telah ditugaskan mengawal selia dan mengurus hal yang berkaitan dengan perpustakaan.

Misi & Objektif

Perkhidmatan

Hari Masa
Ahad - Rabu 8.45 am - 10.00 pm
Khamis 8.45 am - 3.00 pm
Jumaat & Sabtu Tutup

Keahlian

Para pelajar dan staf perlu mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli perpustakaan. Keahlian publik perlu mengemukakan surat jaminan daripada majikan dan mengisi borang keahlian mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Borang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pengguna. Perpustakaan amat mengalu-alukan staf dan pelajar UC Bestari,IKB(Institut Kemahiran Bestari),PERKAYA, dan pelajar dan staf dari IPTA/IPTS yang lain dan undividu-individu untuk menjadi ahli perpustakaan UC Bestari.


Kategori Ahli

Ahli biasa
Semua staf dan Pelajar UC Bestari (kecuali staf kontrak/sambilan/praktikal yang tempoh kontrak kurang dari setahun). Pendaftaran ahli (percuma) Yuran Tahunan (percuma) Deposit (percuma) *staf kontark/sambilan dikenakan yuran pendaftaran ahli RM20 yuran, Tahunan RM10 dan kad keahlian RM5. Semua staf dan pelajar IKB Semua staf Perkaya
Pendaftaran Ahli RM20
Yuran Tahunan RM20
Keahlian Publik
Terbuka Kepada: Kakitangan kerajaan, badan berkanun, swasta dan orang awam. Pesara UC Bestari dan Ahli Alumni UC Bestari. Korporat (Organisasi Kerajaan/Swasta). Pelajar-pelajar IPTS.
Pendaftaran Ahli : RM20
Yuran Tahunan : RM10
Deposit : RM150, Kad keahlian : RM5.
deposit akan dikembalikan setelah tamat keahlian. Deposti yang tidak dituntut dalam tempoh Tiga(3) bulan selepas tempoh keahlian dikira hangus.

Kategori Pinjaman

KategoriPinjaman
Pelajar 4 buah (14 hari)
Pensayrah 8 Buah (60 Hari)
Pustakawan 8 Buah (180 Hari)
Professional 5 Buah (30 Hari)
Staf Sokongan 3 Buah (14 Hari)
Ahli Publik 3 Buah (30 Hari)

Peraturan Perpustakaan

Pelajar diwajibkan memakai kad matrik semasa berada di perpustakaan.
Pelajar tidak dibenarkan menggunkaan kad matrik pelajar lain untuk sebarang urusan di perpustakaan.
Beg, bungkusan, fail dan jaket hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan diluar perpustakaan.
Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan barang-barang di kaunter perpustakaan.
Pelajar lelaki hendaklah berpakaian kemas. (kemeja / t-shirt, seluar slack, rambut tidak mencecah kolar, tidak memakai jeans dan topi).

Maklumat Lanjut

Suzana bt Mohamed
(Ketua Pustakawan)
Tel : 09-6097100 sambungan : Unit Perpustakaan.