Logo Universiti
Lambang University College Bestari (UC Bestari) ialah sebuah glob yang berbentuk bulat. Lambang ini terdiri daripada beberapa warna iaitu biru, putih, kelabu dan merah cili. Warna-warna ini membawa maksud tertentu. Sebuah buku dan obor terletak di atas glob ini. Kelihatan seolah-olah tangan yang memeluk glob.

OBOR

Melambangkan semangat untuk menjadi sebuah universiti yang melahirkan modal insan yang profesional.

Huruf 'E' Pada obor.

"EXCELLENCE" - merujuk kepada kecemerlangan.

BUKU

Melambangkan kitab suci Al-Quran yang menjadi rujukan dan panduan.

GLOB

Merujuk kepada UC Bestari menuju pengantarabangsaan.

TANGAN YANG MEMELUK GLOB

Melambangkan cita-cita yang bertaraf dunia.

MERAH CILI

Melambangkan keberanian, kegigihan dan kecekalan.

KELABU

Bermaksud kesamarataan dari segi peraturan dan undang-undang.

PUTIH

Melambangkan kejujuran dan keikhlasan.

BIRU

Melambangkan perpaduan pelbagai bangsa dan budaya.
x
Close