Bahagian Akademik
Skop utama tugas bahagian ini adalah untuk menguruskan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa UC Bestari sebagai sebuah Institusi yang menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran sebagai matlamat utama, bahagian ini turut merancang kursus-kursus dalam perkhidmatan kepada para staf akademik bagi setiap jabatan di atas dan memastikan kualiti pengajaran & pembelajaran dipenuhi.

Bahagian ini juga, melalui Dekan bertanggungjawab dalam menjana program-program baru bagi UC Bestari sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak Lembaga Pengarah Kolej. Selain daripada itu, ia juga mengendalikan tugas-tugas sokongan pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah untuk mengurus dan mentadbirkan perjalanan peperiksaan di UC Bestari.

Sejajar dengan matlamat penubuhan sebuah institusi pendidikan tinggi, aktiviti pembangunan dan penyelidikan oleh kakitangan akademik amat digalakkan oleh pihak pengurusan kolej. Oleh itu, Unit Kualiti ditubuhkan bagi menguruskan, melatih dan meninjau peluang pembangunan dan penyelidikan sebagai sumbangan sepada masyarakat dan negara. Unit ini juga bertanggungjawab untuk menguruskan sistem kualiti Universiti College.

Senarai Fakulti/Unit
  • Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Sains Komputer
  • Fakulti Sains Sosial
  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Agro Sains
  • Bahagian Hal Ehwal Akademik
  • Bahagian Pembangunan Usahawan &
    Pengajian Bahasa
  • Unit Kualiti
Maklumat Lanjut
Bahagian Akademik
Universiti College Bestari (UC Bestari),
22100 Bandar Permaisuri,Setiu, Terengganu
Tel : +6097101 Samb : 1025
x
Close