NOTIS PRIVASI UNIVERSITY COLLEGE BESTARI


(Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Ini adalah Notis Privasi dan UC Bestari adalah tertakluk kepada notis ini ketika berurusan dengan perlindungan data peribadi. Notis ini boleh diubah dari masa ke semasa untuk melindungi data peribadi.


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013, oleh itu University College Bestari ("UC Bestari”) adalah dengan ini terikat untuk memberi notis dan memerlukan persetujuan berhubung pengumpulan, perekodan, penggunaan, penyampaian dan penyimpanan maklumat peribadi.

Apa itu Data Peribadi

Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang secara langsung atau tidak langsung boleh mengenal pasti seseorang termasuk data peribadi sensitif dan penyataan pendapat. Antara lain ia termasuk: -

  1. Nama
  2. Kad Pengenalan
  3. Tempat Lahir
  4. Alamat
  5. Keputusan Peperiksaan
  6. Sejarah Pendidikan
  7. Sejarah Pekerjaan
  8. Sejarah Perubatan
  9. Jenis Darah
  10. Bangsa
  11. Agama
  12. Gambar

Sumber Bagi Data Peribadi

Dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan, UC Bestari boleh mendapatkan data peribadi daripada pelbagai sumber, antaranya seperti:

  1. Diri anda
    1. Dari permohonan yang dikemukakan kepada kami. Dengan mengemukakan apa-apa permohonan kepada kami, anda adalah dengan ini dianggap telah memperoleh kebenaran untuk pengisytiharan maklumat di dalam permohonan anda.
    2. Imej dan suara anda mungkin akan dirakamkan contohnya melalui CCTV untuk tujuan keselamatan dan/atau perekodan. Notis akan disampaikan.
  2. Pihak ketiga
    1. Rakan kerjasama UC Bestari dalam pertandingan atau tinjauan atau penyelidikan atau program.
    2. Penyertaan anda dengan entiti lain.
    3. Penjaga, wakil sah atau penjamin anda.
    4. Kemungkinan terdapat rujukan ke atas data peribadi anda bagi permohonan pinjaman atau rujukan kredit
    5. Institusi pendidikan atau majikan terdahulu
  3. Laman web
    1. Alamat IP anda secara automatik akan mendaftar masuk ke komputer pelayan kami. Secara umumnya kami tidak menghubungkan alamat IP anda untuk mengenal pasti setiap pautan kecuali di dalam kes pelanggaran yang serius.
    2. Anda boleh mengubah pelayar anda untuk tidak mengaktifkan "cookies" bagi menghalang penyimpanan maklumat tertentu di dalam sistem anda.

Tujuan Data Peribadi:

Dalam memenuhi tanggungjawab kami ke atas anda, data peribadi anda boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak terhad seperti berikut:-

  1. Untuk penilaian mana-mana permohonan ke UC Bestari
  2. Untuk memproses apa-apa faedah dan perkhidmatan
  3. Untuk tujuan komunikasi
  4. Untuk pengiklanan dan berita
  5. Untuk tujuan pentadbiran am dan rekod
  6. Untuk meningkatkan mutu pendidikan
  7. Untuk tujuan pendidikan dan tujuan yang berkaitan dengan UC Bestari
  8. Untuk memberi sebarang maklum balas, menjawab aduan dan pertanyaan
  9. Untuk tujuan tadbir urus korporat
  10. Untuk dipertimbangkan sebagai penjamin bagi kakitangan/ pelajar UC Bestari yang memohon pinjaman pelajaran / biasiswa

Penyampaian Data Peribadi

  1. UC Bestari adalah di bawah obligasi undang-undang untuk menjamin dan melindungi maklumat peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi sebelum dan selepas PDPA dan ia adalah dasar sedia ada dan dasar berterusan kami untuk berbuat demikian.
  2. Untuk memberikan perkhidmatan yang efektif secara berterusan, penyampaian maklumat tertentu perlu dilaksanakan. Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan dan/atau disampaikan kepada pihak ketiga dan/atau rakan kerjasama UC Bestari termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen luar yang dilantik bagi tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkenaan dengan tujuan-tujuan di atas dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan di atas dan termasuk menyediakan perkhidmatan bersepadu, mengekalkan dan menyimpan rekod.
  3. Dalam menjaga kebajikan dan menyediakan perkhidmatan, adalah sangat penting untuk menghantar atau berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
    1. Syarikat insurans untuk memproses tuntutan insurans
    2. Institusi kewangan bagi pembayaran ganjaran kewangan seperti biasiswa, pinjaman, elaun dan gaji
    3. Mana-mana syarikat atau rakan kerjasama UC Bestari untuk sebarang tawaran pinjaman/biasiswa atau penganugerahan, dan untuk sebarang aktiviti berasaskan pembelajaran
    4. Pihak-pihak ketiga yang diberi kuasa
    5. Penjaga anda atau wakil sah atau penjamin
    6. Agensi penarafan kredit untuk rujukan kredit bagi permohonan pinjaman
    7. Penguatkuasaan agensi kawal selia dan agensi kerajaan atau mana-mana perintah mahkamah untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa.
  4. Data anda boleh dikongsi apabila diperlukan oleh undang-undang dan apabila penyampaian adalah perlu bagi mematuhi undangundang berkaitan.

Pengekalan Data Peribadi

Apa-apa maklumat peribadi akan disimpan oleh UC Bestari bagi tujuan-tujuan di atas dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan akan dibinasakan dan/atau dihapuskan mengikut polisi UC Bestari apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.

Dasar Privasi Kami Yang Tegas

  1. UC Bestari adalah komited dan menjadi keutamaan kami dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi anda yang telah diberikan kepada kami dan ia telah menjadi dasar berterusan kami yang tegas untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini. UC Bestari juga akan memastikan bahawa data peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan politik dan komersial.
  2. UC Bestari mengambil pendirian yang tinggi bahawa perlindungan hak peribadi telah diiktiraf lama sebelum kewujudan PDPA. PDPA kini adalah bertujuan menjadi Akta yang jelas untuk melindungi dan satu alat untuk memastikan ketelusan dan memberi kesedaran awam tentang pengurusan data peribadi.
  3. Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi sensitif hanya boleh disampaikan apabila mendapat persetujuan dari anda.

Akses Kepada Data Peribadi

Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menulis kepada kami di pdpa@ucbestari.edu.my. Sekiranya diperlukan, kami mungkin meminta maklumat tambahan atau pengesahan.

Persetujuan Adalah Penting

Dengan menghantar atau memberikan data peribadi anda kepada UC Bestari, anda telah mengizinkan dan bersetuju untuk data peribadi anda digunakan selaras dengan terma dan syarat-syarat dalam Notis ini dan polisi kami yang berkaitan.

Penarikan Balik Persetujuan

  1. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami. Sekiranya perlu, kami mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan lanjut.
  2. Jika anda tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan dan penyampaian data peribadi anda, UC Bestari tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab UC Bestari atau menghubungi anda atau membantu anda berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas dan/atau tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan diatas.

Dua Bahasa

Notis ini disediakan dalam dua bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Jika terdapatnya sebarang kekeliruan, Bahasa Inggeris akan menjadi keutamaan.