Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the ultimate-member domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/ktbedum1/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the ultimate-addons-for-gutenberg domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/ktbedum1/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
TAJAAN & PINJAMAN – KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI
TAJAAN & PINJAMAN

TAJAAN & PINJAMAN

Pengenalan

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK.

 

Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman diantara RM2,500.00 hingga RM24,000.00 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :

  • Yuran pengajian.
  • Elaun sara hidup RM600.00 sepanjang tempoh latihan.

Syarat - Syarat Pinjaman

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK.
  • Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
  • Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihiRM5,000.00 sebulan.
  • Mengemukakan seorang penjamin.

Syarat - Syarat Penjamin

  • Warganegara Malaysia.
  • Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700.00 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  • Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah / syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  • Seseorang penjamin tidak boleh menjamin daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa / penjaga sah.
  • Tidak diisytiharkan muflis.

Bayaran Balik Pinjaman

  • Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam (6) bulan tamat latihan. Tiada bayaran faedah dikenakan atas pinjaman.
  • Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu (1) hingga sepuluh (10) tahun.
  • Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga RM193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan 
× Mesej kami di Whatsapp